Ramai orang meninggalkan sarapan pagi kerana alasan
tidak mempunyai masa untuk menyiapkannya . Namun sebenarnya ada beberapa menu
sarapan yang cepat dan sihat untuk dinikmati setiap pagi . Mari ikut resepi
mudah dibawah:
Buah pisang dan mentega kacang
Bosan dengan roti dan jem? Cuba ganti roti
dengan buah pisang . Makanan dengan sumber protein dan serat ini pun
menjadi salah satu pilihan menu sarapan cepat dan sihat yang mampu menahan
perut kenyang sampai siang hari tiba .
Beberapa butir telur rebus
Telur merupakan sumber
protein yang paling sempurna kerana semua nutrisinya diserap oleh tubuh dengan
baik .Jadi tidak salah jika beberapa butir telur rebus menjadi salah satu menu
sarapan cepat dan sihat .
Bijirin dan susu
Perlu berapa minit untuk menyiapkan bijirin? Lima
minit pun boleh ! Cukup tuangkan bijirin ke dalam mangkuk kemudian campurkan susu di dalamnya . Bijirin siap dinikmati sebagai menu sarapan cepat dan sihat di pagi
hari .
Salad dan sayur-sayuran
Pilih beberapa sayuran yang mengenyangkan dan
berprotein , seperti lobak merah , saderi , dan kembang kol . Semua boleh
dicampur jadi satu untuk dinikmati sebagai salad . Cara lain , gaulkan sayuran ke
dalam yogurt atau mentega kacang sebagai menu sarapan cepat dan sihat .
Bijirin , kacang , dan buah kering
Semasa berbelanja, jangan lupa membeli makanan yang
sudah disebutkan. Campur semuanya dan nikmati sebagai menu sarapan . Bukan hanya sangat cepat , malah menu tersebut juga menyihatkan lagi tubuh kita .
Itulah beberapa menu sarapan cepat dan sihat yang
boleh anda nikmati setiap pagi . Jadi , jangan lewatkan sarapan lagi ya !

No comments:
Post a Comment