[ INFO KESIHATAN ] KENAPA KITA TIDAK BOLEH MELAMBATKAN SARAPAN PAGI?


Fakta menunjukkan bahawa sebahagian di antara anda ada yang selalu mengawal hari dengan keadaan perut yang kosong . Ada yang mendakwa tidak punya cukup masa untuk sarapan , ada pula yang berfikir bahawa kebiasaan makan pagi hanya akan membuat badan gemuk .

Mereka yang berfikir bahawa sarapan tidak penting sebenarnya keliru. Penyelidikan di Harvard University AS menunjukkan,orang yang teratur sarapan pagi mempunyai kecenderungan hingga 50 peratus tidak mengalami kegemukan berbanding mereka yang melewatkan sarapan.

Ok... supaya anda lebih faham manfaatnya , berikut adalah penjelasan mengapa sarapan memberi kebaikan bagi tubuh serta tips bagaimana menjadikannya sebagai gaya hidup yang sihat :

1 . Sarapan dapat memenuhi nutrisi yang diperlukan


Menunda sarapan membuat anda sukar memperoleh pengambilan nutrisi dan vitamin yang disyorkan . Menu sarapan seperti bijirin dengan susu atau yogurt rendah lemak bersama granula akan memberi cukup kalsium dan serat.

2 . Sarapan boleh menurunkan berat badan


Ketika anda bekerja dengan perut kosong , tubuh akan membakar kalori secara lambat . Menurut ahli nutrisi penulis buku The F - Factor Diet Tanya Zuckerbrot , RD , sarapan pagi setelah perut kosong semalaman boleh meningkatkan metabolisme , yang bermaksud pembakaran kalori sepanjang hari menjadi lebih berkesan . Namun Zuckerbrot menekankan bahawa kunci dari semuanya adalah jenis makanan yang anda ambil. Makanan dengan kandungan karbohidrat sederhana seperti donat akan membuat glukosa melonjak, kemudian turun drastik . Ini juga menyebabkan anda berasa lapar pada jam 11am .
Cara yang lebih baik adalah dengan mengambil jenis makanan yang berkarbohidrat kompleks seperti oat atau roti gandum tulen. Makanan dengan kadar serat tinggi dan rendah gula akan dicerna dengan lambat, sehingga menyediakan tenaga yang berterusan dan membuat anda tidak cepat lapar .

3 . Sarapan tingkatkan kemampuan otak


Penyelidikan para ahli dari Universiti Swansea Wales membuktikan bahawa pelajar yang selalu sarapan mencatat sekurang-kurangnya skor sebanyak 22 peratus lebih tinggi berbanding rakan-rakan mereka yang tidak sarapan . Ketika anda bangun pagi , sebahagian besar tenaga (dalam bentuk glukosa dan glikogen) telah habis digunakan oleh aktiviti sehari sebelumnya . Menurut para ahli , glukosa adalah satu-satunya bahan bakar yang diperlukan otak . Tanpa glukosa yang cukup, anda merasa penat dan tidak bermaya.

4 . Perlindungan terhadap sakit jantung


Penyelidikan menunjukkan,wanita sihat yang melewatkan sarapan selama dua minggu mempunyai kadar kolesterol buruk LDL lebih tinggi berbanding mereka yang memakan semangkuk bijirin bersama susu di pagi hari. Zuckerbrot menjelaskan,serat boleh mengikat kolesterol dan mempercepatkan eksresinya sebelum mencapai pembuluh arteri. Oleh sebab itu, kajian 10 tahun yang dilakukan Harvard Nurses Health menyimpulkan bahawa pengambilan serat tinggi berkait dengan penurunan risiko penyakit jantung hingga mencapai 50 peratus.

Tips sarapan sihat :

1 . Sarapan sebaiknya mengandungi sekurang-kurangnya 5gram serat, satu hidangan kalsium ( bersamaan dengan segelas susu atau yogurt ) protein dan lemak. Hadkan pengambilan gula hingga 6 gram ( satu sendok bersamaan dengan 4gram ).

2.  Jika tak ada waktu sarapan di rumah, anda boleh membawa roti dan susu untuk dinikmati di perjalanan atau pun setelah sampai di tempat kerja.

3 . Telur adalah bahan makanan yang relatif praktikal dan mudah disediakan. Kandungan nutrisi dalam telur iaitu mengandungi vitamin A , B2 , B6 , B12 , zat besi , kalium , kalsium , dan zat lain , sangat diperlukan oleh tubuh kita.

4 . Supaya berbeza, kita boleh mengambil buah-buahan kegemaran untuk keperluan vitamin bagi tubuh. Jika ada masa di malam hari , kisar buah-buahan yang ada gemar dicampur bersama yogurt atau susu dan simpan di dalam peti sejuk untuk dimakan pagi harinya.

5 . Bila anda selalu tidak merasa lapar di pagi hari , Zuckerbrot menyarankan agar anda menghentikan makan selepas pukul 7.00malam. Dalam dua atau tiga minggu ke depan , jam biologi nafsu makan anda akan berubah, iaitu pada setiap bangun pagi, anda akan merasa lapar semula.

Mudahkan untuk mengikuti cara dan banyak faedah yang kita akan dapat jika kita bersarapan pagi.



No comments:

Post a Comment