Fakta
menunjukkan bahawa sebahagian di antara anda ada yang selalu mengawal hari
dengan keadaan perut yang kosong . Ada yang mendakwa tidak punya cukup masa
untuk sarapan , ada pula yang berfikir bahawa kebiasaan makan pagi hanya akan
membuat badan gemuk .
Mereka
yang berfikir bahawa sarapan tidak penting sebenarnya keliru. Penyelidikan di Harvard University AS menunjukkan,orang yang teratur
sarapan pagi mempunyai kecenderungan hingga 50 peratus tidak mengalami
kegemukan berbanding mereka yang melewatkan sarapan.
Ok... supaya anda lebih faham
manfaatnya , berikut adalah penjelasan mengapa sarapan memberi kebaikan bagi
tubuh serta tips bagaimana menjadikannya sebagai gaya hidup yang sihat :
1 . Sarapan dapat
memenuhi nutrisi yang diperlukan
Menunda sarapan membuat anda sukar
memperoleh pengambilan nutrisi dan vitamin yang disyorkan . Menu sarapan
seperti bijirin dengan susu atau yogurt rendah lemak bersama granula akan
memberi cukup kalsium dan serat.
2 . Sarapan boleh
menurunkan berat badan
Ketika
anda bekerja dengan perut kosong , tubuh akan membakar kalori secara lambat .
Menurut ahli nutrisi penulis buku The F - Factor Diet Tanya Zuckerbrot , RD ,
sarapan pagi setelah perut kosong semalaman boleh meningkatkan metabolisme ,
yang bermaksud pembakaran kalori sepanjang hari menjadi lebih berkesan . Namun
Zuckerbrot menekankan bahawa kunci dari semuanya adalah jenis makanan yang anda
ambil. Makanan dengan kandungan karbohidrat sederhana seperti donat akan
membuat glukosa melonjak, kemudian turun drastik . Ini juga menyebabkan anda
berasa lapar pada jam 11am .
Cara yang
lebih baik adalah dengan mengambil jenis makanan yang berkarbohidrat kompleks
seperti oat atau roti gandum tulen. Makanan dengan kadar serat tinggi dan
rendah gula akan dicerna dengan lambat, sehingga menyediakan tenaga yang
berterusan dan membuat anda tidak cepat lapar .
3 . Sarapan tingkatkan kemampuan otak
Penyelidikan para ahli dari
Universiti Swansea Wales membuktikan bahawa pelajar yang selalu sarapan
mencatat sekurang-kurangnya skor sebanyak 22 peratus lebih tinggi berbanding
rakan-rakan mereka yang tidak sarapan . Ketika anda bangun pagi , sebahagian
besar tenaga (dalam bentuk glukosa dan glikogen) telah habis digunakan oleh
aktiviti sehari sebelumnya . Menurut para ahli , glukosa adalah satu-satunya
bahan bakar yang diperlukan otak . Tanpa glukosa yang cukup, anda merasa penat
dan tidak bermaya.
4 . Perlindungan
terhadap sakit jantung
Penyelidikan
menunjukkan,wanita sihat yang melewatkan sarapan selama dua minggu mempunyai
kadar kolesterol buruk LDL lebih tinggi berbanding mereka yang memakan
semangkuk bijirin bersama susu di pagi hari. Zuckerbrot menjelaskan,serat
boleh mengikat kolesterol dan mempercepatkan eksresinya sebelum mencapai
pembuluh arteri. Oleh sebab itu, kajian 10 tahun yang dilakukan Harvard Nurses
Health menyimpulkan bahawa pengambilan serat tinggi berkait dengan penurunan
risiko penyakit jantung hingga mencapai 50 peratus.
Tips sarapan
sihat :
1 .
Sarapan sebaiknya mengandungi sekurang-kurangnya 5gram serat, satu hidangan
kalsium ( bersamaan dengan segelas susu atau yogurt ) protein dan lemak. Hadkan
pengambilan gula hingga 6 gram ( satu sendok bersamaan dengan 4gram ).
2.
Jika tak ada waktu sarapan di rumah, anda boleh membawa roti dan susu
untuk dinikmati di perjalanan atau pun setelah sampai di tempat kerja.
3 . Telur
adalah bahan makanan yang relatif praktikal dan mudah disediakan. Kandungan
nutrisi dalam telur iaitu mengandungi vitamin A , B2 , B6 , B12 , zat besi ,
kalium , kalsium , dan zat lain , sangat diperlukan oleh tubuh kita.
4 . Supaya
berbeza, kita boleh mengambil buah-buahan kegemaran untuk keperluan vitamin
bagi tubuh. Jika ada masa di malam hari , kisar buah-buahan yang ada gemar
dicampur bersama yogurt atau susu dan simpan di dalam peti sejuk untuk dimakan
pagi harinya.
5 . Bila
anda selalu tidak merasa lapar di pagi hari , Zuckerbrot menyarankan agar anda
menghentikan makan selepas pukul 7.00malam. Dalam dua atau tiga minggu ke depan
, jam biologi nafsu makan anda akan berubah, iaitu pada setiap bangun pagi,
anda akan merasa lapar semula.
Mudahkan
untuk mengikuti cara dan banyak faedah yang kita akan dapat jika kita
bersarapan pagi.

